Institut
Al-Quran Darul Aman (IQDAR) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan asalnya telah
dikenali dengan Maahad Tahfiz Al-Quran Kedah. Pada awalnya urusan pentadbiran
Maahad Tahfiz ini dikelolakan secara bersama oleh Majlis Agama Islam Kedah
(MAIK) dengan Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK). Pada masa ini Maahad Tahifz
Al-Quran Kedah menggunakan ko kurikulum daripada Darul Quran Jakim. Lepasan
tahfiz ini layak melanjutkan pelajaran ke tahun 3 Aliah Maahad Tahfiz Al-Quran
Universiti Al-Azhar, Shoubra, Mesir dalam tempoh 4 tahun.
Setelah tertubuhnya Institut Agama Islam Negeri Kedah (KUIN), Yayasan Islam
Negeri Kedah (YINK) berpendapat Maahad ini perlu diletakkan di bawah
pentadbiran KUIN sebagai salah satu bidang pengajian sesuai dengan fungsi KUIN
sebagai sebuah institut pengajian. Pada 21 April 2011 KUIN membuat keputusan
menawarkan kepada YINK untuk mengadakan kerjasama dalam mengendalikan Kursus
Diploma Tahfiz Al-Quran. Setelah beberapa bulan kerjasama ini dijalankan pihak
YINK bersetuju untuk membuka peluang yang lebih luas kepada anak negeri Kedah
dengan menjalankan kerjasama dengan Darul Quran Jakim.
Maka pada 10 Mei 2012 dengan kerjasama Darul Quran Jakim pihak MTAQ-YINK telah
menerima sebilangan 28 orang pelajar bagi mengikuti program Diploma Tahfiz
Al-Quran Walqiraat. Pada tahun 2015, MTAQ-YINK telah diberikan pejenamaan
semula dengan menukar status ke Institut Al-Quran Darul Aman atau lebih
dikenali dengan IQDAR agar pusat pengajian ini dapat berkembang lebih jauh maju
lagi dengan mengadakan usahasama dengan pusat pengajian yang lain.
Objektif Penubuhan
Untuk Melahirkan Huffaz Profesional
Yang Berkemahiran Dalam Bidang Al-Quran.
Pada
16 April 1983 kelayakan sijil Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah diberi
pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam setaraf dengan Diploma Institut
Teknologi MARA (sekarang UiTM) bagi membolehkan pemegang sijil tersebut
menjawat jawatan dalam Perkhidmatan Awam. Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat
IQDAR di bawah kendalian Darul Quran JAKIM juga diiktiraf oleh
universiti-universiti tempatan dan luar negara untuk mengikuti pengajian di
universiti berkenaan. Antara institusi tersebut ialah Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia,
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Negeri
Sultan Syariff Kasim Riau, Indonesia dan Universiti Al-Azhar, Mesir.
IQDAR telah mendapat pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan
Institusi Kecermelangan sempena Istiadat Konvokesyen Darul Quran kali ke-24
tahun 2015. Program atau Kursus IQDAR menawarkan program pengajian Diploma
Tahfiz Al-Quran. Program pengajian ini dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) tahun
dengan kerjasama Darul Quran, JAKIM. IQDAR bercadang untuk menjalinkan
kerjasama bersama Lembaga Maktab Mahmud bagi program Sijil Tahfiz Malaysia.
• Bagi melahirkan generasi Al-Quran yang mantap berteraskan Al-Quran dan Sunnah
• Melaksanakan tanggungjawab Fardhu Kifayah yang wajib dipertanggungjawabkan kepada Umat Islam

D iantara
Fungsi-Fungsi Institut Al-Quran Darul Aman(IQDAR) ditubuhkan adalah untuk
Melaksanakan Program Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Qiraat di Peringkat Diploma
Tahfiz. Membantu Pihak Berkuasa Agama Negeri dalam melaksanakan Program Kursus
dan Latihan kepada kumpulan tenaga manusia yang memerlukan kemahiran dalam
bidang Al-Quran dan Qiraat. Menjalankan Kajian-Kajian Ilmiah dalam Pengajian
Al-Quran dan Qiraat.
Untuk Makluman program pengajian yang ditawarkan di IQDAR ialah Diploma Tahfiz
Al-Quran dan Al-Qiraat untuk tempoh tiga tahun. Setelah selesai pengajian
kebanyakan para pelajar terlibat dengan aktiviti mengajar di masjid dan
sekolah-sekolah serta agensi-agensi kerajaan dan swasta di sekitar Negeri Kedah
dan Wilayah Utara dalam bidang Al-Quran, Tajwid dan Fardhu Ain.
Oleh itu, Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di IQDAR sekaligus akan
mendapatkan tauliah mengajar di negeri kedah hasil kerjasama (MoU) diantara
Jabatan Mufti Negeri Kedah dengan Institut Al-Quran Darul Aman. Dengan adanya
jalinan kerjasama dari MoU ini, para pelajar yang menamatkan pengajian di IQDAR
sekaligus akan mendapatkan Tauliah Mengajar supaya dapat memahami akan kehendak
yang ingin dicapai dalam tujuan pengajaran. Selain itu, kerjasama ini juga akan
menjadi nilai tambah kepada IQDAR dalam aspek membangunkan model insan dan para
pelajar yang mahir dalam bidang yang diperlukan.
Jika ada apa-apa pertanyaan yang berkaitan dengan Institut Al-Quran Darul Aman, boleh menghubungi kami dengan mengisi borang bawah atau pun emailkan kepada kami. Kami juga amat mengalu-alukan jika pendapat atau cadangan yang boleh kami pertimbangkan untuk pembangunan Institut Al-Quran Darul Aman dan juga kebajikan pelajar.

Ketua Pegawai Operasi

bin Zainol Abidin
Pengarah

bin Che Haat
Timbalan Pengarah
Khidmat Pengurusan

bin Abdul Manaf
Timbalan Pengarah
HEA/HEP