PENGENALAN
Program
Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat adalah selama 3 tahun (6 semester)
merupakan hasil daripada siri perkembangan program asal penubuhan Darul Quran
sejak tahun 1966. Program ini telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) bermula tahun 1998 serta Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bermula
tahun 2018. Ketika ini DQ menawarkan 6 syukbah pengajian iaitu Syukbah Qiraat,
Syukbah Dakwah, Syukbah Syariah, Syukbah Hadis, Syukbah Muamalat dan Syukbah
Pengurusan Halal.
Pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran 30 juzu’ dalam tempoh 6 semester (3 tahun) di samping mempelajari subjek-subjek yang lain mengikut syukbah:
- Syukbah Qiraat
- Syukbah Dakwah
- Syukbah Syariah
- Syukbah Hadith
- Syukbah Muamalat
- Syukbah Pengurusan Halal
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran.
- Tidak berkahwin.
- Lulus Peperiksaan SPM dengan syarat minimum gred dalam mata pelajaran seperti berikut:
Bil. |
Mata Pelajaran |
Minimum Gred |
i |
Bahasa Melayu |
C |
ii |
Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab |
C |
iii |
Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran |
C |
iv |
Bahasa Inggeris |
E |
- Lulus ujian bertulis (Bahasa Arab dan Tajwid).
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
- Lulus temuduga.
ATAU
Kelulusan yang diiktiraf dan setara dengan SPM (Calon Luar Negara)
ATAUKelayakan khas yang diberikan kepada Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) di Darul Quran adalah seperti berikut:
- Lulus mata pelajaran Bahasa Arab dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya mendapat Gred C sebelum tamat pengajian Diploma / graduasi; dan
- Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya pengkat Maqbul dalam Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran / Sijil Tahfiz Al-Quran Darul Quran bagi OKUMP.